Hakikat Sembahyang

Sesiapa yang mengira dia akan masuk syurga dengan sembahyang, fikirkanlah semula, kerana sembahyang seperti yang anda tanggapi itu sahaja tidak cukup. 
Sembahyang yang didirikan cukup 12 rukun yang anda tunaikan mengikut tertib itu bukanlah sembahyang yang Allah swt kehendaki, kerana yang anda lakukan itu hanya mendirikan zat sembahyang sahaja, selepas salam, tidak ada lagi yang hendak difikirkan kerana anda menganggap sembahyang sudah sah, kewajipan anda sudah selesai. Tetapi fikirkan semula, adakah sembahyang anda itu menepati maksud ayat 45 surah al-Ankabut, yang maksudnya,
'Dirikan sembahyang; sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar.'
Persoalannya, sembahyang dalam ertikata mengikut tanggapan di atas tadi, apakah sudah menepati ayat ini? Sebuah hadis menyebut,
Segala amal akan datang pada hari qiamat (untuk memberi syafaat kepada yang mengerjakannya), antaranya sembahyang datang lalu berkata, ‘Ya Tuhanku akulah sembahyang’; Allah Taala berfirman (kepadanya) ‘Tujuan engkau itu baik, (tetapi engkau sahaja belum cukup)’; dan (selepas itu) datang pula sedekah, puasa, dan amal-amal yang lain, semuanya itu Allah berfirman (kepada tiap-tiap satunya): Tujuan engkau itu baik, tetapi engkau sahaja belum cukup’; kemudian datang pula Islam lalu berkata, ‘Ya Tuhanku, Engkaulah Tuhan yang bernama Assalam, dan akulah Islam’; maka Allah Taala berfirman (kepadanya), ‘Tujuan engkau itu baik, pada hari ini dengan engkaulah aku menerima dan dengan engkaulah jua aku memberi balasan’. 
Hadis ini tercatat dalam kita Mustika Hadis Jilid I, muka surat 42, yang bermaksud sembahyang sahaja tidak cukup untuk mendapatkan syafaat kepada pengamalnya untuk masuk syurga.
Bertolak dari pandangan ini, pastinya ramai yang tertanya-tanya, apa lagi yang hendak dilakukan untuk mengharapkan syurga? (Sebuah buku akan terbit tidak lama lagi, yang di dalamnya ada penjelasan kepada persoalan ini). InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan