Isnin, 22 Jun 2009

Pengajaran sembahyang

Hukum Wajib dalam sembahyang adalah hak Allah yang mesti ditunaikan. Jika tidak sembahyang kita tidak sah. Allah menuntut haknya untuk ditunaikan oleh setiap orang yang bersembahyang. Perkara-perkara itu dijadikan sebagai rukun sembahyang.
Hukum Sunat pula adalah hak seseorang yang menunaikan sembahyang, di bawah authoriti Allah. Allah menyediakan pahala bagi mereka yang mengamalkan perkara-perkara sunat. Tetapi tidak batal sembahyang walaupun ditinggalkan. Tetapi apa maknanya bersembahyang jika hukum-hukum sunat ini ditinggalkan? Kerana hukum Sunat inilah yang mendidik manusia supaya menjadi insan yang soleh dan hukum-hukum sunat ini juga yang mendidik manusia supaya menjauhi segala kemungkaran. Kerana itu ada kenyataan menyebut ‘sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar'.
Apadia kemungkaran. Bagi saya, apa sahaja perbuatan yang membuat orang lain marah atau tidak dapat menerimanya adalah kemungkaran. Cakap dan perbuatan, harus berpandukan kepada perkara-perkara Sunat dalam sembahyang. Jika ini kita jadikan prinsip dalam hidup kita, maka benarlah kenyataan di atas ‘sembahyang itu boleh mencegah kita dari kemungkaran’.
Satu contoh, ada hukum menyebut ‘makruh sembahyang di laluan’. Laluan adalah tempat orang lalu, misalnya muka pintu. Ini adalah satu elemen pendidikan supaya kita menjauhi dari membuat halangan di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Dalam kehidupan kita seharian, berhati-hatilah cara kita meletak kenderaan kita, berhenti sementara menunggu anak keluar sekolah, meletak kasut di hadapan, berdiri bersembang di kaki lima, meletak barang di tempat awam, meletak kerusi meja untuk berniaga, dan sebagainya.
Amalan-amalan Sunat yang lain, misalnya berdiri lurus ketika berjemaah, segera lakukan solat bila sudah masuk waktu, berpakaian bersih, sebagai makmum perlahankan bacaan. Tulisan dalam laman ini adalah pendapat saya sendiri setelah merujuk kepada kalangan ustaz termasuk yang ada PhD. Rujukan saya adalah soal prinsip hukum Sunat dalam sembahyang. Benar, hukum Sunat adalah hak kita di bawah authoriti Allah, yang menjadi panduan kepada perjalanan hidup kita. Saya sedia menerima teguran yang membina bagi memperbaiki lagi tulisan saya untuk kebaikan bersama. Wallahu-a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan