Isnin, 22 Jun 2009

Pengajaran sembahyang

Hukum Wajib dalam sembahyang adalah hak Allah yang mesti ditunaikan. Jika tidak sembahyang kita tidak sah. Allah menuntut haknya untuk ditunaikan oleh setiap orang yang bersembahyang. Perkara-perkara itu dijadikan sebagai rukun sembahyang.
Hukum Sunat pula adalah hak seseorang yang menunaikan sembahyang, di bawah authoriti Allah. Allah menyediakan pahala bagi mereka yang mengamalkan perkara-perkara sunat. Tetapi tidak batal sembahyang walaupun ditinggalkan. Tetapi apa maknanya bersembahyang jika hukum-hukum sunat ini ditinggalkan? Kerana hukum Sunat inilah yang mendidik manusia supaya menjadi insan yang soleh dan hukum-hukum sunat ini juga yang mendidik manusia supaya menjauhi segala kemungkaran. Kerana itu ada kenyataan menyebut ‘sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar'.
Apadia kemungkaran. Bagi saya, apa sahaja perbuatan yang membuat orang lain marah atau tidak dapat menerimanya adalah kemungkaran. Cakap dan perbuatan, harus berpandukan kepada perkara-perkara Sunat dalam sembahyang. Jika ini kita jadikan prinsip dalam hidup kita, maka benarlah kenyataan di atas ‘sembahyang itu boleh mencegah kita dari kemungkaran’.
Satu contoh, ada hukum menyebut ‘makruh sembahyang di laluan’. Laluan adalah tempat orang lalu, misalnya muka pintu. Ini adalah satu elemen pendidikan supaya kita menjauhi dari membuat halangan di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Dalam kehidupan kita seharian, berhati-hatilah cara kita meletak kenderaan kita, berhenti sementara menunggu anak keluar sekolah, meletak kasut di hadapan, berdiri bersembang di kaki lima, meletak barang di tempat awam, meletak kerusi meja untuk berniaga, dan sebagainya.
Amalan-amalan Sunat yang lain, misalnya berdiri lurus ketika berjemaah, segera lakukan solat bila sudah masuk waktu, berpakaian bersih, sebagai makmum perlahankan bacaan. Tulisan dalam laman ini adalah pendapat saya sendiri setelah merujuk kepada kalangan ustaz termasuk yang ada PhD. Rujukan saya adalah soal prinsip hukum Sunat dalam sembahyang. Benar, hukum Sunat adalah hak kita di bawah authoriti Allah, yang menjadi panduan kepada perjalanan hidup kita. Saya sedia menerima teguran yang membina bagi memperbaiki lagi tulisan saya untuk kebaikan bersama. Wallahu-a'lam.

Isnin, 15 Jun 2009

Mengapa Sujud?

Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam.... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an'. Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy a.Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'